~Ibadah Dalam Riadah~
Tempat: Kg. Perting, Bentong, Pahang
Tarikh: 28-29 Ogos 2010
Peserta: 5 org.
Alhamdulillah..Trip pertama Es Corga telah berjaya dijalankan meskipun seminggu ditunda.Trip ini disertai lima orang member Apip,Zulhilmi,Dean,Amir dan Amar.
Terima kasih pada Zul yang memberi sokongan dalam menyediakan bahan masakan untuk BBQ, terima kasih juga kepada Apip yang menyediakan MPVnya untuk masuk ke dalam Kem SOS yang jalannya sedikit thrill.Dean dan Amir, penyertaan anda amat dihargai..Moga trip Iftar ini menjadi pencutus kepada trip-trip yang lebih menarik dan lebih adventure.
Din berlatar belakang Lata Hammer
Berikut adalah sedikit rumusan dan laporan;
28 Ogos 2010
5.30ptg - Berkumpul dan bergerak dari RnR Genting Sempah ke Kg Perting (perjalanan mengambil masa selama 30 minit)
6.30ptg - Tiba di Kem SOS,bersiap dan bergerak ke Lata Hammer
7.20ptg - Iftar di pertengahan jalan ke air terjun
Lata Hammer
8.00mlm - Tiba di Lata Hammer (Terima Kasih kpd Zul kerana tanpa Zul team tak akan sampai ke air terjun kerana ketiadaan sumber cahaya, headlamp)
8.30mlm - Setup camp site, camp fire dan "bakar-bakar ayam" , tak dilupa juga mee maggi kari sepuluh bungkus yg berjaya diperabiskan..Terima Kasih Apip untuk maggi yang disponsor..Menu baru malam tu ialah Nasi puteh berlauk maggi dan ayam bakar..
9.30mlm - Jama' Isya dan Maghrib beserta Taraweh dan tidur..
Sembang2
29 Ogos 2010
5.00 pg - Sahur,nasi dan ayam bakar..
5.50 pg - Subuh berjamaah
6.00 pg - Sambung tidur
10.00 pg - Mandi di Lata
12.00 tghri - Bersurai
Semoga semua peserta enjoy , dan semoga trip ini menjadi perintis untuk trip-trip yang lebih menarik dan lebih adventure di masa akan datang..
No comments:
Post a Comment