Monday, September 20, 2010

Trip Ziarah Eidul Fitri 2010


Terima Kasih Tuhan yang memberi kesempatan kepada kita semua untuk bersama-sama berjumpa di 9 Syawal yang lalu untuk berhari raya...Alhamdulillah, aku percaya trip ziarah(yang adhoc) ini adalah trip yang paling berjaya hasil kerjasama sahabat sekalian meskipun tidak semua sahabat kita dalam Team Es-Corga dapat menghadirkan diri...

Trip Ziarah Eidul Fitri 2010 ini telah disertai oleh Din,Zul,Adi dan Amar.Terima Kasih pada sahabat kerana telah memeriahkan suasana hari raya meskipun hanya ada 1 sahaja rombongan kereta sahaja...Tidak dilupakan kepada Muliati Awatif kerana telah menjemput kami ke hari rumah terbuka beliau di Bandar Baru Bangi...

Berikut adalah sedikit coretan dari Trip Ziarah Eidlfitri kami...

10.00 pagi -Berkumpul dan ziarah di rumah Zul (tq 4 da Sweedish meatball n angpow ea zul..)
11.45 pagi -Bergerak ke Kg Pandan, Ziarah Ke rumah Din (tq kpd keluarga din yg telah bersusah payah menyediakan Hidangan Makan Tengah Hari)


Ziarah Rumah Zul


Ziarah Rumah Din

2.00 ptg - Solat Zuhur di Surau Al-Kauthar Bangi.Bergerak ke rumah Atif. Terima Kasih kepada keluarga Atif yg menghidangkan Nasi Kuzi yang unik dan lazat...
3.00 ptg - Ziarah ke rumah Amar di Desa Pinggiran Putra
4.30 ptg - Bergerak ke rumah Adi di Paroi,Negeri Sembilan dan ke Port Dickson 'layan' sunset di sana.

Ziarah Rumah Terbuka Atif


Ziarah Rumah Adi

9.00 ptg - Bersurai dan bermalam di Putrajaya..


Segala yang baik tu datang daripada Allah dan yg kurang itu datang dari aku yang lemah...maaf jika ada tersalah bicara, terkasar bahasa dan terkecil hati..

Aku berharap, pertemuan kita tak berakhir disini dan moga kita dapat berjumpa di program riadah seterusnya...


Sunset di Port Dickson

Tuesday, August 31, 2010

Trip Iftar Di Lata Hammer,Bentong


Lata Hammer, Bentong

~Ibadah Dalam Riadah~

Tempat: Kg. Perting, Bentong, Pahang

Tarikh: 28-29 Ogos 2010

Peserta: 5 org.


Alhamdulillah..Trip pertama Es Corga telah berjaya dijalankan meskipun seminggu ditunda.Trip ini disertai lima orang member Apip,Zulhilmi,Dean,Amir dan Amar.

Terima kasih pada Zul yang memberi sokongan dalam menyediakan bahan masakan untuk BBQ, terima kasih juga kepada Apip yang menyediakan MPVnya untuk masuk ke dalam Kem SOS yang jalannya sedikit thrill.Dean dan Amir, penyertaan anda amat dihargai..Moga trip Iftar ini menjadi pencutus kepada trip-trip yang lebih menarik dan lebih adventure.


Din berlatar belakang Lata Hammer


Berikut adalah sedikit rumusan dan laporan;

28 Ogos 2010

5.30ptg - Berkumpul dan bergerak dari RnR Genting Sempah ke Kg Perting (perjalanan mengambil masa selama 30 minit)

6.30ptg - Tiba di Kem SOS,bersiap dan bergerak ke Lata Hammer

7.20ptg - Iftar di pertengahan jalan ke air terjun


Lata Hammer


8.00mlm - Tiba di Lata Hammer (Terima Kasih kpd Zul kerana tanpa Zul team tak akan sampai ke air terjun kerana ketiadaan sumber cahaya, headlamp)

8.30mlm - Setup camp site, camp fire dan "bakar-bakar ayam" , tak dilupa juga mee maggi kari sepuluh bungkus yg berjaya diperabiskan..Terima Kasih Apip untuk maggi yang disponsor..Menu baru malam tu ialah Nasi puteh berlauk maggi dan ayam bakar..

9.30mlm - Jama' Isya dan Maghrib beserta Taraweh dan tidur..


Sembang2


29 Ogos 2010

5.00 pg - Sahur,nasi dan ayam bakar..

5.50 pg - Subuh berjamaah

6.00 pg - Sambung tidur

10.00 pg - Mandi di Lata

12.00 tghri - Bersurai

Amir, Zul dan Apip

Semoga semua peserta enjoy , dan semoga trip ini menjadi perintis untuk trip-trip yang lebih menarik dan lebih adventure di masa akan datang..

Saturday, August 14, 2010

Ramadhan Night Run



Ramadhan Night Run (RNR) telah disertai oleh Izwan, Dean dan Amar pd 14 Ogos 2010. Ini adalah program "unofficial pertama bg Team Es-Corga".Sempena Ramadhan, kami tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat Taraweh di Iron Mosque.


Iron Mosque (Masjid Sultan Zainal Abidin II)


Cuaca hujan renyai-renyai tak membantutkan hasrat kami untuk menghabiskan larian sejauh 6.4km yg bermula dari Palace of Justice(POJ) - Putrajaya International Convention Centre (PICC) -POJ. Alhamdulillah pada jam 11.45mlm kami berjaya menghabiskan larian kami..

Palace of Justice(POJ)


Putrajaya Convention Centre (PICC)

Terima kasih pada Din MMU dan Izwan kerana memberi sokongan ...Diharapkan aktiviti riadah seperti ini dapat mengeratkan hubungan diantara peserta..

Sekian..Terima Kasih...-Amar

Thursday, August 12, 2010

EsCorga

Welcome to Es-Corga, Adventure and Outdoor Sports Team

Mission
*Pooling and Strengthen The Friendship in a Team by Outdoor Activities*